Jom Kongsi2 Resepi N Beads With My Blog Masak N Jahit Sendiri
Friday, 12 August 2011
BISKUT ALMOND LONDON
Bahan-bahan ( >100 biji )
250g Butter
50g Susu tepung
2tbsp Madu lebah
2tbsp Golden syrup
100g Badam dicincang dan dibakar
500g coklat masak, mentega dan minyak jagung untuk hiasan
100g Badam dibakar
450g Tepung Gandum
Paper cup secukupnya
Cara-cara
Pukul butter bersama madu lebah dan golden syrup sehingga kembang.
Masukkan susu tepung dan tepung gandum dan gaul sehingga sebati
Setelah sebati, bentukkan bebola kecil daripada adunan tadi sambil memasukkan badam yang telah dibakar ke dalamnya dan susun di atas tin pembakar
Bakar pada suhu 180 degree celcius selama lebih kurang 20 minit
Setelah masak, sejukkan biskut dan masukkan ke dalam paper cup apabila telah sejuk
Panaskan coklat masakan bersama-sama dengan mentega dan sedikit minyak jagung. Sekiranya anda menggunakan coklat sebenar, anda hanya perlu mencairkan coklat itu tanpa ditambah dengan mentega dan minyak jagung.
Dengan menggunakan sudu kecil, tuang coklat ke atas biskut dan tabukan badam yang telah dicincang dan dibakar itu
London Almond sudah sedia untuk dimakan apabila coklat telah keras.
No comments:
Post a Comment