Saturday, 22 October 2011

APAM BALIK

P1290664
BAHAN A :-)
225 gram tepung gandum
30 gram gula halus
1/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
250 ml susu segar (mat guna susu rendah lemak)

BAHAN B :-)
1 biji telur, dipukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca besar minyak masak (mat guna mentega cair)
1/4 camca teh soda bicarbonate

BAHAN LAIN :-)
Sedikit marjerin (jika suka)
Seri kaya secukupnya (mat guna jenama Yeo's)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 A, kacau rata dengan whisk dan perap 1 jam pada suhu bilik.
  2. Masukkan semua bahan2 B ke dalam adunan no. 1 tadi dan kacau rata. Ketepikan sebentar.
  3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan ke dalam pan tadi dan ratakan. Masak dengan api kecil, selama 1 -2 minit hingga permukaannya berlubang2 dan kering (mat tutup sekejap dengan tudung periuk).
  4. Angkat dan sapu dengan sedikit marjerin dan seri kaya, sapu nipis sahaja. Lipat dua dan tekan sedikit. Buat kaedah sama dengan baki adunan tadi.

No comments:

Post a Comment