Wednesday 29 June 2011

Kuih Siput Pedas




Bahan-Bahan
600 gm tepung gandum
2 sudu besar margerine
10 tangkai @ 20 gm cili kering
3 pelepah daun kari
1 biji telor
1 cawan teh air
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
1.Margerine di cairkan,gaul dgn tepung menggunakan
   tangan,ketepikan.
2.Cili kering dibuang biji,daun kari diambil daun nya
   mesin kedua2 nya sekali.
3.Cili kering dan daun kari yang di mesin di bancuh dengan
   air,garam dan telur,kemudian tuang ke dalam adunan tepung
   tadi,diuli hingga rata
4.Jika adunan agak keras,tambah air sedikit demi sedikit
   sehingga mendapat adunan yang lembut dan sekata.
   Jika adunan lembik,tambah tepung gandum sedikit2
   hingga mendapat adunan yang sekata.
5.Doh di gentel bulat-bulat berdiameter lebihkurang 1 cm,
   kemudian di gelek di atas acuan kueh siput.
6.Selepas siap di gentel,goreng guna minyak yang banyak.
   Balik-balik kan agar masak sekata.
7.Bila keperangan menandakan sudah masak,angkat dan
   toskan.

No comments:

Post a Comment