BAHAN2 (WOK,Kuali Tupperware)
3 ketul paha ayam
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit tepung jagung
CARA2 MEMBUATNYA
Ayam dibersih dan dibuamg tulangnya n toskan.
Tidak perlu dibuang kulitnya kerana kulit ayam boleh diganti sebagai minyak.
Perap ayam dengan garam serta lada hitam yang telah ditumbuk halus selama sejam.
Buka api kecil sahaja dan letakkan Kuali (WOK) agak2 panas, lumurkan tepung jagung pada ayam, kemudian masukkan 3 ketul ayam yang telah diperap dan dilumur dengan tepung jagung tadi ke dalam WOK dan tutup, masak selama 5minit, selepas 5 minit terbalekkan ayam dan biarkan 5minit lagi.Selepas itu angkat ayam,masukkan ke dalam pinggan tuang sos cili anda atas Chicken chop dan hias dengan cili besar hijau atau merah, potong bawang besar dan hias atas Chicken Chop.
Wednesday, 29 June 2011
Kuih Lapis
Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 inc. )
BAHAN A :-
- 250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
- 200 ml santan pekat (KARA)
- 250 ml air+1 sk garam
- 150 g tepung beras
- 150 g tepung ubi (tapioca flour)
- 20 g tepung pulut
- 300 ml santan pekat (KARA)
- 150 ml air
- beberapa pewarna pilihan
- 2 helai daun pandan - disimpul
- 250 ml air + 1 sk garam
Cara-cara
- Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
- Bahan B disatukan dan kacau rata.
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
- Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.
Kuih Siput Pedas
Bahan-Bahan
600 gm tepung gandum
2 sudu besar margerine
10 tangkai @ 20 gm cili kering
3 pelepah daun kari
1 biji telor
1 cawan teh air
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1.Margerine di cairkan,gaul dgn tepung menggunakan
tangan,ketepikan.
2.Cili kering dibuang biji,daun kari diambil daun nya
mesin kedua2 nya sekali.
3.Cili kering dan daun kari yang di mesin di bancuh dengan
air,garam dan telur,kemudian tuang ke dalam adunan tepung
tadi,diuli hingga rata
4.Jika adunan agak keras,tambah air sedikit demi sedikit
sehingga mendapat adunan yang lembut dan sekata.
Jika adunan lembik,tambah tepung gandum sedikit2
hingga mendapat adunan yang sekata.
5.Doh di gentel bulat-bulat berdiameter lebihkurang 1 cm,
kemudian di gelek di atas acuan kueh siput.
6.Selepas siap di gentel,goreng guna minyak yang banyak.
Balik-balik kan agar masak sekata.
7.Bila keperangan menandakan sudah masak,angkat dan
toskan.
Kerepek Gunting
Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum
2 1/2 sudu margerine (bumbu) untuk gebu kan
(kalau guna minyak keras)
1 sudu besar cili serbuk (merahkan)
10 gm cili kering
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
20 gm udang kering
300 ml air
1 biji telor
2 sudu kecil serbuk perisa
1 kg minyak untuk menggoreng
Kaedah Penyediaan
1.Cairkan margerine,masukkan ke dalam tepung.
Kacau perlahan-lahan.
2.Mesin semua bahan termasuk telor.
3.Masukkan bahan mesin kedalam tepung sedikit-sedikit.
4.Uli hingga sebati.
5.Langkah seterusnya ikuti langkah2 kerepek gunting
bersalut cabai.
Maruku Gunting Bersalut Cabai
Bahan-Bahan
500 gm tepung gandum
180 gm air
1 sudu besar garam
3 senduk kecil minyak masak (panas)
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan Kisar
6 ulas bawang putih
20 sudu besar gula
6 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
Kaedah Penyediaan
1.Panaskan 3 senduk kecil minyak.
2.Kacau air dengan garam hingga larut.
3.Buat bulatan di tengah-tengah tepung,
masukkan minyak panas,kacau pelahan2.
4.Tuang larutan garam dalam tepung dan uli,
jangan terlalu lembik.
5.Bahagikan kepada beberapa doh kecil.
Canai sebanyak 3 kali.Mula canai tebal
guna no 3,lepas itu tukar ke no 7.(nipis)
6.Kemudian canai kan lagi sebanyak 2 kali.
7.Gunting tepung yabg telah dicanai memanjang.
8.Goreng dalam minyak yang panas dan toskan.
9.Untuk cabai nya,tumis bawang putih hingga
kekuningan.
10.Masukkan serbuk cili yang di campur sedikit
air,masak hingga pecah minyak.
11.Masukkan gula ,garam dan sedikit serbuk perisa.
Kacau hingga sebati.
12.Setelah masak,perlahankan api dan masuk kan
maruku.Gaul hingga sebati.
Kuih Loyang
Bahan-Bahan
500 gm tepung beras
150 gm tepung ubi @ tepung jagung (gebu)
250 gm gula
3 biji telor
1 sudu teh garam
1 sudu teh kapur
650 gm air (tak perlu santan sebab ber minyak)
Cara- Caranya
Telur dan gula di mesin,kemudian masukkan dalam
bekas yang berisi tepung beras & tepung ubi.Gaul
sebati.Masukkan sedikit garam dan air dsedikit demi
sedikit sehingga tidak berketul.
Pananskan minyak,letakkan acuan loyang sekali,
bila sudah panas celupkan acuan loyang dalam
adunan 3/4 acuan saja,kemudian celup pula ke
dalam minyak panas,perlahan goyangkan acuan
hingga adunan lekang.Goreng sehingga adunan
kekuningan dan masak,angkat toskan.
Kacang Ranggup
Bahan-Bahan
1 kg kacang tanah
2 sudu besar serbuk cili
3 biji putih telor
11/2 tepung gandum
1 kg minyak ( untuk menggoreng )
Bahan-Bahan Kisar Kering
100 gm ikan bilis
15 ulas bawang putih
10 sudu besar gula
2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk perasa ( jika suka )
Kaedah Penyediaan
1.Basuh kacang dan tos hingga kering.
2.Gaul semua bahan kisar bersama kacang dan telor'
3.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
untuk melekatkan bahan pada tepung
4.Gaul hingga sebati
5.Goreng dengan minyak yang panas
Tuesday, 28 June 2011
Kerepek Bawang
Bahan-bahan untuk doh A
Tepung gandum 750 gm
Tepung jagung 150 gm
Margerine 120 gm
Garam 30 gm
Air 320 gm
Bahan-bahan untuk doh B
Tepung gandum 750 gm
Bawang besar 150 gm
Jintan manis/putih 12 gm
Margerine 60 gm
Serbuk cili 30 gm
Telur 1 biji
Udang kering 12 gm
Air 100 gm
Cara-Caranya (Doh A)
1.Margerine di cairkan sebelum digaul dengan tepung.
2.Satukan semua bahan dalam mixer,uli hingga menjadi doh.
Cara-Caranya (Doh B)
1.Margerine dicairkan terlebih dahulu.Udang kering
di rendam dan di toskan terlebih dahulu.
2.Bawang besar,jintan manis/putih,udang kering,serbuk
cili di kisar dengan air yang sudah di sukat.
3.Satukan tepung,margerine,bahan-bahan kisar dan telur
didalam mixer,uli hingga menjadi doh.
Cara-Cara Mengghulung Doh
1.Doh A dan doh B di uli berasingan,kemudian di canai nipis
lebih kurang 3 mm.Potong mengikut saiz yang di perlukan.
2.Kedua-dua doh tadi di lapiskan dua.Doh A perlu dilembab
kan dengan sedikit air.Doh B di letak kan di atas dan lembab
kan doh B,kemudian gulung rapat2,kemaskan.
3.Doh yang siap di gulung,di bungkus dan di perap pada suhu
bilik lebih kurang 15 hingga 30 minit.Potong nipis2,atau guna
mesin,guna no8 kemudian goreng hingga masak.
,,,SIAPPP,,,,,,,,rasa je best pe,,,
Som Tam
Som Tam
SOM TAM WITH GRILLED PRAWN
SOMTAMSource: ARAH
Bahan2>>
3 ekor udang di bakar atau lebih.
SOMTAMSource: ARAH
Bahan2>>
- 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer
- 1 genggam atau kurang udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
- 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
- 3 ulas bwg putih size kecik
- 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
- Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
- 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
- 1 biji lime perah ambil jusnyer
- Air asam jawa ikut selera
- 4 biji ceri tomato
- 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok>>yg ni ikut kemanisan nak pedas2 manis atau masin2 terpulang
- 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
- Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
3 ekor udang di bakar atau lebih.
Mari belajar bahasa thai :D
Cara2>>Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!
antara bhn2nyer :-)
PAste Sugar yg digunakan ada tanda HALAL gunakan tanpa was2 :D dan hirisan betik dgn lobak merah, santek tak??? :D tuannyer lg santek :P
Dadih
Foto Greiche Anwar thanks |
Bahan:
Susu tepung penuh cream 160g
Gula 180g
Garam 2gCarrageenan 5.4g
Perisa buah 1g
Pewarna 1g
Air 1650.6 ml
Kaedah:
- Panas air 50-60 degree celcius
- Larutkan susu tepung bersama sebahagian air panas
- Gaul gula bersama carageenan
- Masukkan campuran gula dan carageenan ke dalam baki air panas.Masak hingga larut
- Masukkan larutan susu tepung dan kacau rata.Masak hingga hampir mendidih 10 minit
- Masukkan perisa dan pewarna.Kacau,sejukkan sedikit
- Tuang ke dalam bekas dan tutup. Biarkan set kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk.
Biskut Cornflakes Ranggup
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega
- 3/4 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
- 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
- Mangkuk kertas
- Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
- Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
- Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
- Biarkan sejuk di redai biskut.
Subscribe to:
Posts (Atom)