Friday 12 August 2011

BISKUT ALMOND LONDON

 

Bahan-bahan ( >100 biji )

  • 250g Butter
  • 50g Susu tepung
  • 2tbsp Madu lebah
  • 2tbsp Golden syrup
  • 100g Badam dicincang dan dibakar
  • 500g coklat masak, mentega dan minyak jagung untuk hiasan
  • 100g Badam dibakar
  • 450g Tepung Gandum
  • Paper cup secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama madu lebah dan golden syrup sehingga kembang.
  2. Masukkan susu tepung dan tepung gandum dan gaul sehingga sebati
  3. Setelah sebati, bentukkan bebola kecil daripada adunan tadi sambil memasukkan badam yang telah dibakar ke dalamnya dan susun di atas tin pembakar
  4. Bakar pada suhu 180 degree celcius selama lebih kurang 20 minit
  5. Setelah masak, sejukkan biskut dan masukkan ke dalam paper cup apabila telah sejuk
  6. Panaskan coklat masakan bersama-sama dengan mentega dan sedikit minyak jagung. Sekiranya anda menggunakan coklat sebenar, anda hanya perlu mencairkan coklat itu tanpa ditambah dengan mentega dan minyak jagung.
  7. Dengan menggunakan sudu kecil, tuang coklat ke atas biskut dan tabukan badam yang telah dicincang dan dibakar itu
  8. London Almond sudah sedia untuk dimakan apabila coklat telah keras.

No comments:

Post a Comment