Wednesday 3 August 2011

Fresh Fruits Pavlova



Bahan A:

  • 5 biji putih telur (kuning telur tidak diperlukan untuk membuat pavlova)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil cuka makanan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung yang diayak
Bahan B:
  • Whipped cream
  • Starwberry yang dibelah dua
  • Kiwi yang dihiris nipis

Ok...cara nak buat pun senang je ye korang:


Mula-mula, putar putih telur sehingga kembang, sebelum itu, pastikan mangkuk bersih dari sebarang benda asing seperti air supaya putih tekur kembang sehingga jayanya - Then, semasa telur diputar, masukkan gula castor sedikit demi sedikit sehingga habis. - Next, masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka makanan dan putar sehingga berkilat.

Okeh, berkilat seperti ni ye korang....eh kejap, sebelum tu, korang kene lukis dulu bulatan dalam 12cm diameter atas kertas minyak - Then, barulah korang boleh tuang adunan tadi dalam bulatan tadi dan ratakan, and make sure tak terkeluar bulatan ye :) Buatlah bentuk yang korang suke...aku main tepek je ni...hahhaha



Lepastu, bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 100 c dan gunakan api bawah ye...bakar selama 50-60 minit...selepas dibakar sehingga kecoklat cairan (ape jenis bahasa ni) ala, kire brown light2 la..., biarkan pavlova yang telah dibakar sejuk di dalam oven...jangan keluarkan ye sehingga benar-benar sejuk...


Lepas dah sejuk, bolehlah dikeluarkan dan sedia untuk dihiaskan dengan menyapu whipped cream di atas pavlova tadi...then, susun buah strawberry dan kiwi mengikut citarasa korang....lepas tu siap! tunggu sehingga waktu berbuka, barulah boleh makan ye :)

No comments:

Post a Comment