Friday 12 August 2011

TIRAMISU BISCOTTI



Tiramisu Simple/Biscotti
Sumber: umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers
250ml whipping cream - guna 1 pkt whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)- tambah 1/2 cwn lagi + 1 sk nescafe
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan- buat 2 lapisan(3 bekas)
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dengan cling film dan disimpan dalam peti ais.
5. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka bila masa nak menghidangkannya..



Inilah whipping cream yg selalu digunakan disini...dlm bentuk serbuk cuma tambah susu,pukul hingga kembang.Lebih jimat harganya berbanding whipping cream yg dah siap dijual dlm bekas. Satu pkt cukup utk resepi di atas.


No comments:

Post a Comment